5 Tablet Berbaloi Bawah RM1500

Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan September dan sepanjang tahun 2023 ini, pelbagai peranti tablet baharu telah dilancarkan.

Saya juga yakin bahawa mesti ramai dalam kalangan pengikut Wiser dan pembaca di luar sana yang ingin mengetahui atau membeli tablet yang ada di pasaran ketika ini.

Jadi, saya mempersembahkan kepada anda 5 tablet berbaloi untuk dimiliki bagi bajet bawah RM1500.

{snap}

HUAWEI MatePad 11.5-inci (RM1,499)




MatePad 11.5 inci ini adalah yang terbaru daripada Huawei dan antara yang paling berkuasa dalam senarai ini melalui cip Snapdragon 7 Gen 1 yang dimilikinya.

Pada harga tersebut, ia mempunyai RAM 6GB dan storan 128GB tanpa kehadiran slot kad SIM. Selain itu, setiap pembelian layak mendapat papan kekunci Huawei MatePad yang bernilai RM499.

Tablet ini disokong bateri berkapasiti 7,700mAh tetapi sayang sekali kerana ia dilengkapi pengecasan 22.5W sahaja.

Beli di Shopee

{snap}

Xiaomi Pad 6 (RM1,299)




Tablet Xiaomi Pad 6 adalah antara tablet yang ditunggu-tunggu oleh pengguna Malaysia dan ini adalah antara pilihan terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

Pada harga tersebut, tablet ini menawarkan memori RAM 6GB, storan 128GB dan menggunakan cip Snapdragon 870. Ia juga disokong kapasiti bateri 8,840mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Tetapi sayang sekali kerana Xiaomi tidak menyertakan sokongan slot kad SIM dan tidak lupa juga harga aksesorinya agak mahal sedikit.

Beli di Shopee

{snap}

realme Pad 2 (RM1,299)




Pada hujung Ogos lepas, realme telah merasmikan tablet terbaru mereka - realme Pad 2 untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan skrin IPS LCD 11.5" beresolusi 2K dan 120Hz kadar segar semula.

Walaupun tidak sehebat tablet Xiaomi atau Huawei kerana menggunakan cip Helio G99, realme Pad 2 menawarkan sebuah peranti dengan slot kad SIM yang ramai orang inginkan selama ini.

Jadi realme Pad 2 mungkin adalah tablet untuk anda sekiranya mahukan tablet yang mempunyai slot kad SIM.

Beli di Shopee

{snap}

HONOR Pad X9 (RM1,099)




HONOR Pad X9 adalah antara tablet terbaru yang ada di pasaran ketika ini. Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 685, memori 4GB + 3GB dan storan 128GB.

Menariknya lagi, setiap pembelian HONOR Pad X9 akan disertakan sekali papan kekunci bluetooth secara percuma dan menyokong slot kad SIM.

Tetapi, sama seperi tablet MatePad, peranti ini hanya menyokong pengecasan 22.5W untuk bateri berkapasiti 7,250mAh. Dimana bagi saya, kelajuan pengecasannya itu agak kurang sesuai.

Beli di Shopee

{snap}

iPad 9th Gen (RM1,299)




Tablet daripada Apple ini mungkin adalah yang paling senior dalam senarai ini kerana ia telah dilancarkan lebih dari setahun yang lepas. Namun, itu tidak bermaksud tablet ini bukan pilihan yang relevan bagi bajet bawah RM1,500.

Bagi anda yang mencari dan menyukai ekosistem Apple, iPad 9th Gen adalah pilihan yang berbaloi. Setakat ini, tablet itu masih mampu mengendalikan sebarang tugasan peribadi atau profesional dalam urusan harian anda.

Namun, sayangnya adalah harga RM1,299 itu adalah untuk pilihan storan 64GB sahaja. Jadi, tablet ini adalah pilihan dengan kapasiti storan paling kecil berbanding yang lain dan rekaan dagu serta bezel yang besar.

Beli di Shopee