Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mate 50 pro hitam

Siri Huawei Mate 60 Mungkin Pesaing Sebenar iPhone 15

Diterbitkan Ogos 1, 2023 oleh Firdaus

Pemberi maklumat terkenal, Digital Chat Station telah mendedahkan apa yang didakwa adalah Huawei Mate 60. Berdasarkan gambar di bawah:

Siri Huawei Mate 60 Mungkin Pesaing Sebenar iPhone 15

Rekaan di atas menunjukkan tetapan 3 kamera dalam binaan modul kamera berbentuk bulat. Dan ia tampak lebih besar, elegan dan cantik berbanding pendahulunya, Huawei Mate 50.

Spesifikasi Huawei Mate 60 yang didakwa

Siri kali ini, Huawei Mate 60 didakwa bakal menyokong ciri kawalan jauh inframerah seperti kebanyakan peranti Xiaomi. Jadi kita boleh mengawal pelbagai peranti elektronik dari jauh melalui telefon Huawei ini.

Huawei Mate 60 leak design

Untuk paparan, peranti ini dikatakan guna skrin OLED berukuran 6.7″ beresolusi 1.5K dengan perlindungan Kunlun Glass. Siri Mate 60 juga mungkin menggunakan rekaan skrin Dynamic Island seperti iPhone 14 Pro.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dikatakan Lebih Senang Dibaiki, Kos 'Repair' Juga Mungkin Menurun
  • Untung Susut 95%, Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 Adalah Harapan Samsung
  • GT3 Belum Masuk Malaysia, realme Didakwa Mahu Lancar GT5 Pula
  • Berpeluang Menang USD13 Ribu Dengan Hanya Cipta Tema MIUI
  • Aplikasi ChatGPT Untuk Android Kini Tersedia Di Malaysia

Selain itu, Mate 60 dilaporkan tambah sensor kamera baharu – periskop telefoto untuk mempertingkatkan keupayaan kameranya.

Huawei Mate 60 akan menggunakan sistem operasi HarmonyOS 4 dan berkemungkinan besar akan hadir sekitar pelancaran siri iPhone 15.

Beli Peranti Huawei di Shopee: https://invl.io/cljfc2u

Beli Peranti Huawei di Lazada: https://invol.co/cljfc29

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY