Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seagate Bakal Hentikan 3,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

Seagate Bakal Hentikan 3,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Amalina Athman

Seagate Technology kini memaklumkan pihaknya merancang untuk mengurangkan 8% daripada tenaga kerja di seluruh dunia. 

Dalam laporan suku pertama fiskal 2023, Seagate menyatakan Lembaga Pengarah Syarikat baru-baru ini telah meluluskan pelan penstrukturan semula untuk mengurangkan struktur kos. Ia bagi menyelaraskan keperluan operasi syarikat dengan lebih baik, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

Berkaitan

  • Tesla Dilapor Memberhentikan Sekitar 200 Pekerja Untuk Kurangkan Kos
  • Meta Buang Pekerja Secara Halus, Mahu Kurangkan Perbelanjaan Sebanyak 10%
  • Pasaran PC Semakin Perlahan, Intel Dilapor Akan Buang Ribuan Pekerja Seawal Bulan Ini

Pelan itu termasuk memberhentikan bilangan pekerja kira-kira 3,000 di seluruh dunia, atau 8% daripada tenaga kerja global, serta langkah-langkah penjimatan kos yang lain.

Dalam pada itu, Seagate menjangkakan pelan penstrukturan semula berkenaan akan menjimatkan kira-kira $110 juta (~RM518 juta) setahun, bermula suku ketiga fiskal 2023.

Perancangan Seagate untuk memberhentikan pekerja ini memberikan petanda terbaharu bahawa permintaan untuk PC dan pelayan awan adalah semakin merosot.

Gambar utama: Hypebeast

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY