Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasaran PC Semakin Perlahan, Intel Dilapor Akan Buang Ribuan Pekerja Seawal Bulan Ini

Pasaran PC Semakin Perlahan, Intel Dilapor Akan Buang Ribuan Pekerja Seawal Bulan Ini

Diterbitkan Oktober 12, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 12, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang ditunjukkan oleh pelbagai laporan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran PC semakin perlahan pada 2022 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain pembekal PC itu sendiri, antara syarikat yang paling terjejas adalah pembuat cip Intel.

Menurut Bloomberg, Intel dilaporkan dalam perancangan untuk mengurangkan pekerja secara besar-besaran, yang mungkin melibatkan ribuan pekerja bagi mengurangkan kos serta kerugian dalam pendapatannya. Pemberhentian itu dijangka bakal diumumkan seawal bulan ini.

Berkaitan

  • Meta Buang Pekerja Secara Halus, Mahu Kurangkan Perbelanjaan Sebanyak 10%
  • Shopee Indonesia Buang 3% Pekerja, Malaysia Juga Dipercayai Terkesan
  • Kesan Pasaran PC Lemah, Pendapatan Suku Ketiga 2022 AMD Turun Lebih ~RM5 Bilion

Setakat Julai 2022, pembuat cip itu mempunyai 113,700 pekerja. Dijangkakan beberapa bahagian termasuk jualan dan pemasaran, mungkin akan memperlihat pemberhentian kira-kira 20% pekerja.

Beberapa bulan lepas, Intel juga telah memaklumkan jualan tahun ini akan menjadi kira-kira $11 bilion (~RM51 bilion) lebih rendah daripada jangkaan sebelumnya. Penganalisis turut meramalkan pendapatan Intel pada suku ketiga akan menurun kira-kira sebanyak 15%.

Tidak hanya Intel, malah pesaingnya iaitu AMD juga mengalami nasib yang sama dengan pendapatan yang terjejas berikutan pasaran PC yang semakin perlahan.

Mengimbas kembali, kali terakhir Intel membuang pekerja secara besar-besaran adalah pada tahun 2016, dengan pemberhentian 12,000 pekerja atau 11% secara keseluruhan.

Gambar utama: Intel

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY