Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla

Tesla Dilapor Memberhentikan Sekitar 200 Pekerja Untuk Kurangkan Kos

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Tesla dilaporkan telah memberhentikan sekitar 200 pekerja daripada pasukan Autopilotnya dan menutup pejabat di California.

Menurut Bloomberg, kebanyakan pekerja yang terjejas adalah pakar anotasi yang bertugas dalam melibatkan penilaian dan pelabelan data Autopilot yang diperoleh daripada pelanggan.

Pada masa yang sama Tesla menutup lokasi San Mateo, Bloomberg melaporkan pekerja-pekerja yang tidak terjejas telah dipindahkan ke pejabat lain yang berdekatan.

Tindakan ini dikatakan selari dengan usaha Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, untuk mengurangkan kos syarikat menjelang potensi kemelesetan ekonomi.

Terdahulu, Musk turut memberitahu para pekerjanya untuk kembali ke pejabat jika tak ingin hilang pekerjaan.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY