Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JSJK ogos 2024

Scammer Kini Guna ‘Suara’ Rakan Untuk Tipu Mangsa

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh Amalina Athman

Teknologi ‘deepfake’ kini dikesan telah digunakan untuk tujuan penipuan dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan terdapat tiga laporan polis – masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang berkenaan penipuan penyamaran yang dipercayai menggunakan teknologi deepfake.

Bagi satu kes di Terengganu, mangsa telah menerima panggilan dari nombor tidak dikenali yang kemudian memperkenalkan diri sebagai rakan mangsa. Ekoran suara pemanggil mirip suara rakannya, mangsa telah bersetuju untuk meminjamkan wang berjumlah RM49,800.00.

Bagaimanapun, apabila menghubungi semula rakannya melalui nombor telefon yang biasa digunakan, rakannya menafikan berkenaan pinjaman tersebut.

Dalam ketiga-tiga kes ini, pemanggil telah menyamar sebagai rakan mangsa dan meminta pinjaman wang.

Susulan perkembangan itu, JSJK menjangkakan taktik yang sama akan terus digunakan sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa. Pengguna dinasihatkan mengambil langkah pencegahan berikut bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan:

  • “Believe not of what you see and believe not of what you hear”.
  • Lakukan semakan dengan menghubungi kenalan menggunakan nombor telefon yang disimpan dalam telefon anda. Sahkan sama ada mereka benar-benar menghubungi anda menggunakan nombor telefon lain.
  • Jangan buat pindahan ke dalam akaun bank yang meragukan terutama apabila ia didaftarkan atas nama individu lain.

Berkaitan

  • Pengguna Android Bakal Dapat Bantuan AI Perangi Scam
  • 'Scammer' Lebih Sasarkan Mangsa Berpendidikan Dan Berpendapatan Tinggi - Kajian
  • SC Beri Amaran Taktik Penipuan Pelaburan 'Deepfake'
  • Portal Fraud Kebangsaan Dilancarkan Untuk Perkukuh Operasi NSRC

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY