Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2024_scam

‘Scammer’ Lebih Sasarkan Mangsa Berpendidikan Dan Berpendapatan Tinggi – Kajian

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh ariff bukhari

Malaysia semakin berkembang sebagai negara digital, dengan 91% responden sering melawat pusat internet komuniti untuk menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan digital.

Memandangkan penggunaan internet yang tinggi ini, rakyat Malaysia mudah terdedah kepada ancaman scam. 

Itu hasil dapatan Kaji Selidik Kesedaran Scam Kebangsaan 2024 yang disiarkan oleh CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) melibatkan 10,893 responden di seluruh negara.

Kaji selidik mendapati, 87% telah menjadi lebih peka kepada scam sejak setahun yang lalu, dan mereka boleh menjelaskan pengalaman mereka secara terperinci dan menyatakan jenis scam yang mereka hadapi.

Sementara, dua pertiga (66%) daripada mereka pernah mengalami cubaan atau situasi scam.

Scam yang paling banyak atau umum adalah panggilan telefon (76%), di mana scammer berpura-pura menjadi wakil atau pegawai dari bank, syarikat telekomunikasi atau jabatan kerajaan.

Laporan ini juga menunjukkan trend scammer menyasarkan mangsa yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi.

“…didapati responden dengan tahap pendidikan tinggi mengalami kejadian penipuan percubaan yang lebih besar – 77% daripada mereka yang mempunyai Ijazah / Sarjana / PhD menghadapi penipuan berbanding 54% daripada mereka yang mempunyai Pendidikan Rendah / Menengah. Selain itu, didapati bahawa mereka yang berpendapatan tinggi menghadapi lebih banyak percubaan penipuan – 75% daripada mereka yang berpendapatan lebih RM4,000 berdepan cubaan penipuan berbanding 60% mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,000.”

‘Scammer’ Lebih Sasarkan Mangsa Berpendidikan Dan Berpendapatan Tinggi – Kajian
‘Scammer’ Lebih Sasarkan Mangsa Berpendidikan Dan Berpendapatan Tinggi – Kajian

Walau bagaimanapun, kaji selidik itu turut mendedahkan trend membimbangkan apabila didapati rakyat Malaysia masih mudah ditipu walaupun mempunyai kesedaran yang tinggi tentang isu scam ini.

Sehubungan itu, keadaan ini memerlukan tindakan segera dalam mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan digital untuk mewujudkan masyarakat digital yang selamat dan boleh dipercayai.

Laporan itu memberikan beberapa cadangan seperti pembiayaan untuk Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) perlu ditingkatkan untuk mencerminkan sifat peranan dan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada perkhidmatan itu.

Syarikat sektor swasta pula dicadang bangunkan infrastruktur inovatif untuk melindungi kepentingan pelanggan dan memasukkan pengurusan risiko penipuan ke dalam perancangan strategi perniagaan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Bayaran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5% Bermula Ogos Ini

Sumber: Kaji Selidik Kesedaran Scam Kebangsaan 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY