Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Deepfake investment

SC Beri Amaran Taktik Penipuan Pelaburan ‘Deepfake’

Diterbitkan Julai 22, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan ‘deepfake’ yang dicipta melalui kecerdasan buatan (AI) untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.

Dalam kenyataan hari ini, SC memaklumkan telah menemui beberapa video ‘deepfake’ di Facebook. Pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti penipuan dengan menyiarkan video ‘deepfake’ di platform media sosial, yang kemudiannya boleh disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

Video ini ‘menampilkan’ tokoh awam atau syarikat tertentu, dalam usaha untuk memberi kredibiliti kepada usaha mereka. Melalui penggunaan teknologi AI, video itu dimanipulasi untuk hampir menyerupai suara tokoh awam ini, termasuk pergerakan bibir, menjadikan peluang pelaburan tersebut kelihatan tulen.

Siaran yang disertakan dengan butang atau pautan ‘Ketahui Lebih Lanjut’, akan membawa pihak yang berminat ke halaman pendaftaran bagi mengumpulkan maklumat peribadi. Seterusnya, ia mendorong pengguna mengakses pautan itu dan memuat turun aplikasi, yang berpotensi terdedah kepada risiko jenayah siber.

Agensi itu, dengan bantuan Meta, telah menurunkan video sedemikian untuk mengekang akses kepada pengguna media sosial yang mungkin menjadi mangsa penipuan tersebut.

https://www.facebook.com/seccommalaysia/posts/pfbid0hEfnehC4q382CdT4Sv9RLRZ2sLL9Y5YN4dQzu5tmVeG12QB3yG1hqAtiCvSs5jinl

Sebagai tambahan, SC berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Bagi mengesahkan tawaran pelaburan, pengguna digalakkan untuk menyemaknya terlebih dahulu melalui SC Investment Checker di www.sc.com.my/investment-checker.

Berkaitan

  • Waspada Ancaman Pancingan Data Susulan Gangguan Global CrowdStrike - CSM

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY