Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
msg sphere 4

Satu-Satunya Di Dunia, Struktur Eksosfera Ini Diliputi Lebih 53,000 Meter Persegi Skrin LED

Diterbitkan Julai 11, 2023 · Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan bangunan berbentuk eksosfera yang diliputi oleh skrin LED sekelilingnya, sekaligus membolehkan bangunan ini memainkan visual mengagumkan.

Nama rasmi struktur bangunan berbentuk eksosfera itu adalah “The MSG Sphere at the Venetian“ atau juga dikenali dengan nama pendeknya “MSG Sphere”.

MSG Sphere 1
MSG Sphere mampu menampung sehingga 20,000 orang pengunjung.

Projek pembinaan bangunan itu telah pun bermula di dalam Las Vegas dalam tahun 2018 dahulu dan merupakan perkongsian antara Las Vegas Sands Corp (The Venetian Resort) dan Madison Square Garden (MSG).

Bangunan sfera itu diliputi dengan skrin LED yang boleh diprogramkan seluas 580,000 kaki persegi (~53,883 meter/segi). I adalah skrin LED berdefinisi tinggi yang mempunyai resolusi 82 kali lebih tinggi daripada skrin televisyen yang ada pada hari ini.

Ia sekaligus menjadikan MSG Sphere sebagai sebuah bangunan eksosfera yang diliputi dengan skrin LED terbesar di dunia.

MSG Sphere 2
MSG Sphere dibina untuk hiburan dan persidangan berteknologi tinggi.

MSG Sphere yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD2 bilion (~RM9.3 bilion) itu pertama kali memainkan visual mengagumkan pada sambutan kemerdekaan Amerika yang ke-247 pada 4 Julai 2023 lalu.

Ia secara rasmi akan dibuka kepada orang ramai pada 29 September menerusi siri 25 konsert “U2:UV Achtung Baby Live at Sphere” yang akan berlangsung sehingga pertengahan Disember.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia
  • Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Dijangka Selepas September - MCMC

Sumber: The Washington Post, The Vegas Tourist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY