Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fixed broadband_

Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Dijangka Selepas September – MCMC

Diterbitkan Julai 11, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) hanya akan berlaku sejurus perjanjian capaian telah dimuktamadkan antara pihak penyedia perkhidmatan.

Berkaitan

  • Menteri Perjelas Manfaat Harga Capaian Borong MSAP Yang Kini Lebih Murah

Menurut MCMC, ketika ini, kebanyakan penyedia perkhidmatan sudah atau sedang dalam proses untuk menerbitkan Reference Access Offer (RAO).

Rundingan perjanjian capaian akan bermula berdasarkan RAO yang diterbitkan dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September 2023.

Oleh yang demikian, pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dijangka hanya akan berlaku selepas itu.

Terdahulu, kerajaan telah menguatkuasakan MSAP yang lebih rendah berbanding sebelum ini, pada 1 Mac 2023.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY