Sasaran JENDELA Tercapai, Syarikat 'Telco' Terus Kerjasama Untuk Tingkatkan Liputan 4G

Di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA), syarikat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, dan U Mobile Sdn Bhd berganding bahu untuk mencapai sasaran meluaskan liputan 4G kepada 96.9%.

Secara keseluruhan, MNO telah melebihi sasaran utama tahun 2021 termasuk liputan 4G, naik taraf stesen pangkalan dan menara 4G baharu yang dibina.

Kemajuan ini menunjukkan rekod prestasi kukuh kerjasama antara setiap pengeluar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan agensi berkaitan untuk menyediakan liputan yang lebih luas dan kualiti pengalaman jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat.

Pencapaian pada 2021 ini juga termasuk 13,807 naik taraf stesen pangkalan kepada 4G dan 250 menara 4G baharu untuk pengembangan liputan bagi mencapai 95.4% liputan populasi 4G.

Perkongsian infrastruktur, menara dan lebar jalur antara MNO sudah lama diamalkan di Malaysia sejak tahun 2005 lagi, dan kini ia dioperasikan melalui 4G MOCN (Rangkaian Teras Operator Berbilang).

Pengguna-pengguna yang telah menikmati liputan dan pengalaman yang dipertingkatkan termasuk di lebuh raya Timur-Barat, Taman Negara, Baling, dan banyak lagi.

Setelah kerjasama 2G/3G dilaksanakan, kini kerjasama 4G MOCN sedang dipertingkatkan kepada kerjasama berskala besar di bawah program JENDELA. JENDELA fasa 1 akan memperlihatkan perkembangan 4G di kawasan luar bandar.

MOCN merupakan mekanisme perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN) yang membolehkan MNO berbeza berkongsi RAN atau liputan mudah alih yang sama. Melalui pendekatan ini, syarikat telekomunikasi dapat meluaskan liputan rangkaian dengan memanfaatkan tapak sedia ada dan peralatan radio satu sama lain.

Oleh itu, sumber minimum daripada MNO, mempunyai kapasiti yang besar untuk 5G dan keupayaan untuk mengutamakan pelancaran 5G yang diselaraskan dengan berkesan.

Memandangkan Malaysia dalam persiapan untuk penggunaan 5G sebagai sebahagian daripada sasaran MyDIGITAL, insfrastruktur yang lebih padat akan diperlukan untuk menawarkan prestasi utama 5G.

JENDELA Kapsyen: Sumber: jendela.my


Anda boleh melihat peta JENDELA melalui jendela.my serta menghantar maklum balas, menyemak liputan, dan melihat rangkaian daripada rakan pengguna.

Sumber: Siaran Media JENDELA

Baca juga: