Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
liputan 5g sekarang

Nokia Akan Bantu Kerajaan Agar Percepat Pelaksanaan 5G Di Malaysia

Diterbitkan Februari 23, 2022 oleh Amsyar Latif

Nokia kini mengatakan bahawa mereka komited untuk membantu kerajaan dalam usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Mereka sebelum ini merupakan salah satu syarikat yang dijemput Digital Nasional Berhad (DNB) untuk menyertai tender pelaksanaan rangkaian tersebut.

Nokia mempunyai empat portfolio utama, iaitu rangkaian mudah alih, infrastruktur rangkaian yang merangkumi tiga sub portfolio, perkhidmatan rangkaian awan dan teknologi.

Memetik kenyataan Pengarah Urusan Nokia bagi Malaysia, Maldives dan Sri Lanka, mereka sedia menawarkan stesen asas atau rangkaian akses radio (RAN).

Tambahnya lagi, beliau yakin dengan teknologi Nokia yang ditawarkan, ia menjadikan Malaysia lebih kompetitif sekaligus menarik pelabur.

Selain itu, Nokia tidak akan menghadapi masalah sekiranya kerajaan mahu melakukan pelaksanaan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) atau sebaliknya bagi pelaksanaan 5G.

Mereka cuma mahu memberi tumpuan terhadap teknologi dan ingin memberikan perkhidmatan terbaik sahaja buat pelanggan.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia

  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY