Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g konsortium (2)

5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia

Diterbitkan Februari 21, 2022 · Dikemas kini Februari 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Agak lama perkhabaran tentang pelaksanaan 5G di Malaysia senyap di dada berita. Antara yang terbaharu ialah TM menangguhkan 5G yang sepatutnya dilancarkan Februari ke tarikh yang belum diketahui.

Seperti yang semua sedia maklum, buat masa sekarang hanya YES di bawah YTL satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menyediakan 5G. Terdahulu, DNB mengatakan mereka memberikan peluang untuk pihak syarikat telekomunikasi untuk menggunakan 5G DNB secara percuma sehingga Mac 2022.

Kini, keempat-keempat syarikat telekomunikasi besar Malaysia – Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile – mengumumkan bahawa mereka telah menyerahkan cadangan pada pihak kerajaan untuk membentuk dua konsortium untuk mengendalikan 5G yang melibatkan kerajaan, DNB, dan syarikat telekomunikasi.

Ini bermakna sistem SWN (single wholesale network) yang menjadikan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai pembekal tunggal akan digantikan dengan DWN (dual wholesale network) yang terdapat dua pemborong pukal yang turut disertai syarikat telekomunikasi.

5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
Business Today

Apa-apa pun, status DNB, SWN atau DWN, semuanya akan diketahui bulan hadapan setelah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF) membentangkan memorandum pelaksanaan 5G di tanah air kita.

Sumber: Business Today

Baca juga:

  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh
  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone
  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY