Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak AI

Sarawak Pertimbang Program Latihan Khas AI Untuk Guru

Diterbitkan Julai 3, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mempertimbangkan penganjuran program latihan khas atau seminar berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) khusus untuk para guru di negeri itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan sokongan terhadap cadangan berkenaan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol.

Saya menyokong permintaan anda (guru). Apa yang penting ialah nilai sistem dalam AI. Supaya kita dapat mendidik pelajar kita untuk tidak menyalahguna AI. Kita perlu ingatkan mereka bahawa AI hanyalah sebuah mesin yang tidak punya sentuhan kemanusiaan tetapi kita bukan mesin, kita ada emosi.

Langkah mempertimbangkan latihan AI untuk guru dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam memperkasa sektor pendidikan agar selari dengan perkembangan teknologi, terutamanya dalam menghadapi era digital.

Terdahulu, dalam ucapan pembukaan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, Abdullah menyuarakan hasrat para guru agar kerajaan negeri memberi perhatian kepada keperluan memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang AI melalui program latihan yang tersusun.

Berkaitan

  • Pengguna Di Sabah, Sarawak Kini Boleh Beli Produk IKEA Dalam Talian - Harga Kekal Sama
  • Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak - U Mobile
  • Malaysia Sasar 10,000 Pengecas EV Siap Hujung 2025 — Termasuk Sabah Dan Sarawak
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Sumber: TVS

Gambar utama: Unit Komunikasi Awam Sarawak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY