Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IKEA East malaysia_a

Pengguna Di Sabah, Sarawak Kini Boleh Beli Produk IKEA Dalam Talian – Harga Kekal Sama

Diterbitkan Februari 4, 2025 oleh Amalina Athman

IKEA Malaysia secara rasmi hari ini melancarkan kedai dalam talian khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Menurut peruncit perabot terkenal dari Sweden itu, harga yang ditawarkan adalah kekal sama seperti di Semenanjung Malaysia, dengan penghantaran lebih pantas.

Namun begitu, buat masa ini hanya produk terpilih yang tersedia untuk pembelian dalam talian bagi pengguna di Malaysia Timur, dengan IKEA mengatakan lebih 2,000 produk ditawarkan.

IKEA East malaysia_2
IKEA East malaysia_3

Bagi mengetahui sama ada produk tersebut tersedia di Sabah dan Sarawak, semak di halaman produk sekiranya ia memaparkan pilihan “IKEA East Malaysia Online Store”. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh terus ke halaman IKEA.my/EMstore.

IKEA menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan di kawasan terpilih di Sabah dan Sarawak. Harga bagi penghantaran parcel bermula dari RM10, manakala penghantaran menggunakan lori adalah RM49. Sama seperti di Semenanjung Malaysia, caj pemasangan adalah 10% daripada harga produk.

IKEA East malaysia

Selain penghantaran, pelanggan di Malaysia Timur juga boleh memilih mengambil pesanan secara ‘pick up’ di IKEA Kuching Collection Point yang terletak di Hexagon High Transport, dengan caj dikenakan sebanyak RM10.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web IKEA.my/EMstore.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Bantuan SARA Melalui MyKad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak - Disalurkan Mulai 15 Januari
  • Yes Fibre Bakal Tawar Kelajuan 300Mbps Serendah RM35/bulan, Kontrak 2 Tahun

Sumber: IKEA Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY