Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak Perkenal Pelan ‘MySRBN Home Prepaid’, Serendah RM5/Minggu Untuk 200GB

Sarawak Perkenal Pelan ‘MySRBN Home Prepaid’, Serendah RM5/Minggu Untuk 200GB

Diterbitkan Julai 1, 2024 oleh Amalina Athman

Sarawak akan memperkenalkan MySRBN Home Prepaid Plan iaitu pelan prabayar internet bagi kegunaan setiap isi rumah di kawasan luar bandar, dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200GB data.

Berkaitan

  • 10 Ribu Sekolah Seluruh Negara Akan Ditawar Pakej Internet Khas Berkelajuan Tinggi Julai Ini
  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata pakej baharu Inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) akan berkuat kuasa pada 7 Julai ini.

Pelanggan berdaftar akan menerima pakej dengan pramuat percuma sebanyak 300MB data setiap bulan untuk keperluan asas seperti panggilan video dan perbualan di aplikasi pemesejan.

Sekiranya memerlukan data lebih banyak, SDEC menawarkan kad sim pra bayar dengan bayaran RM5/minggu untuk 200GB data atau RM20 untuk 1TB data sebulan.

Tambahnya, SDEC turut menyediakan penghala (router) dan antena secara percuma kepada pelanggan berdaftar.

Untuk rekod, MySRBN yang dilancar secara percubaan sejak bulan Mac 2021 adalah percuma sebelum pembaharuan ini.

Sumber: Julaihi Narawi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY