SanDisk Umumkan Kad Memori 1-Terabyte Di Photokina 2016









Saya masih ingat pada zaman saya di sekolah dulu ada seorang rakan saya membawa kad memori sebesar 2GB. Satu sekolah heboh tentang berita tersebut.



Kini SanDisk telah mengumumkan prototype model SDXC yang mempunyai kapasiti memori sebanyak 1-terabyte. Dengan keupayaan kamera yang mampu mengambil gambar dan rakaman video yang bersaiz besar pada masa ini, sudah tiba masanya untuk kita berhadapan dengan kad SD bersaiz 1-Terabyte.



Berita ini diumukan sewaktu acara Photokina 2016, iaitu acara photography yang dilangsungkan semalam. ScanDisk telah mengumumkan 512GB SDXC beberapa tahun lepas di acara yang sama.



Jika dilihat harga 512GB SDXC yang berharga RM 3500, 1-Terabyte SDXC mungkin akan mencecah RM 5000 ke atas.