Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan

Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan

Diterbitkan November 2, 2018 · Dikemas kini November 2, 2018 oleh Haikel Areff

Pada bulan Mac yang lalu, kami ada melaporkan mengenai teknologi LiFi yang dibangunkan dan telah diuji oleh Philips. Hari ini, Philips Malaysia telah pun memperkenalkan Teknologi LiFi dari Signify yang akan membawa jaringan jalur lebar ke satu tahap yang baru.

Baca juga: Philips Mula Uji Teknologi Li-Fi

Pernahkah anda membayangkan cahaya lampu di bahu-bahu jalan dapat memancarkan sambungan internet kepada peranti anda? Pasti lebih mudah bukan? Ya, dengan teknologi LiFi dari Signify ini, perkara itu mungkin akan menjadi satu kenyataan di masa akan datang.

Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan

Bagi menggunakan LiFi, anda perlu menghubungkan kekunci akses/dongle USB pada peranti yang anda mahu gunakan. Dongle berkenaan diperlukan untuk menerima sinaran cahaya yang dipancarkan oleh luminaires bagi membolehkan sambungan internet digunakan selain menghantar kembali data melalui pemancar infra-merah.

Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan
Luminaire diperlukan untuk memancarkan isyarat Internet kepada peranti anda

Buat masa ini, kadar sokongan bagi sambungan LiFi adalah pada jarak maksimum sekitar 3.5 meter dari sumber cahaya luminaire serta dalam radius cahaya seluas 2 meter sahaja. Menurut pihak Signify, LiFi menawarkan kepantasan sehingga 30MB/s serta mampu menampung 15 pengguna dalam satu-satu masa. Mereka juga bercadang untuk meningkatkan kelajuan ini pada masa akan datang.

Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan
Kekunci akses ini berfungsi sebagai penerima isyarat cahaya dari luminaires seterusnya membolehkan peranti yang dihubungkan dengannya menerima sambungan internet

Antara kelebihan yang ada pada teknologi ini ialah ia bukan sahaja boleh digunakan melalui apa sahaja sumber cahaya, malah ia juga mempunyai fungsi keselamatan yang lebih baik. Selain itu, ia juga dikatakan lebih stabil berbanding WiFi sedia ada. Sambungan internet anda juga tidak akan dapat digodam dan digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran anda.

Signify Memperkenalkan LiFi – Teknologi Jalur Lebar Masa Depan
Sambungkan dongle pada peranti, letakkan di bawah sinaran luminaire dan anda kini miliki sambungan Internet

Penggunaan LiFi mungkin terhad kepada peranti yang dihubungkan dengan dongle USB dan pancaran cahaya luminaire Philips sahaja ketika ini. Namun, tidak mustahil suatu hari nanti LiFi dapatkan dengan melalui apa jua sumber cahaya termasuklah lampu-lampu jalan.

Philips menjangkakan teknologi LiFi akan mula ditawarkan secara lebih meluas pada tahun 2019 nanti. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi ini, anda boleh ikuti laman sesawang rasmi LiFi di https://www.signify.com/global/innovation/lifi.

Mampukah LiFi menggantikan WiFi dalam tahun-tahun mendatang? Ia satu perkara menarik untuk disaksikan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY