Dapatkan Vivo NEX 3 Serendah RM199 Sebulan Dengan Digi Phone Freedom 365

Bermula sejak 25 Oktober lalu, pelanggan Digi boleh menikmati tawaran hebat apabila mereka melanggan pelan Phone Freedom 365 dan berpeluang untuk mendapatkan Vivo NEX 3 5G dengan pakej All-In bagi langganan bulanan berharga RM199 (RM109 peranti + RM90 pelan).

Pelan ini juga tersedia dengan Internet 30GB, 300 SMS dan panggilan tanpa had berserta RM0 pembayaran pendahuluan dan 0% kadar faedah.

Pelanggan Digi juga berhak untuk menerima ganjaran hadiah percuma, seperti:

  1. Naik taraf telefon pintar

  2. Perlindungan telefon pintar 365

  3. Bekas peralatan mandian




Peranti Vivo NEX 3 ini diisi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, padanan RAM 8GB serta ruang simpanan 256GB berasaskan UFS 3.0. Turut sama melengkapkan sistem dalaman adalah sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling.

Ditawarkan dengan warna Glowing Night, NEX 3 juga hadir dengan tetapan tiga kamera terdiri daripada lensa utama 64MP (f/1.8), 13MP (f/2.2) lensa sudut lebar serta lensa telefoto 13MP (f/2.5) berserta bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas Super Flash Charge 44W.

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di laman web rasmi Digi di digi.com.my.