Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aira- Kacamata Yang Membantu OKU Melihat Dunia

Aira- Kacamata Yang Membantu OKU Melihat Dunia

Diterbitkan Jun 4, 2017 oleh Haikel Areff

Aira, sebuah syarikat startup berpengkalan di Amerika Syarikat telah membangunkan satu alat yang bakal membantu orang cacat penglihatan dalam melakukan tugasan seharian. Kaca mata yang dibina berasaskan Google Glass ini akan menghubungkan antara pemakai dengan ejen yang dipertanggungjawabkan membantu melihat apa yang sedang dilalui pemakai secara real time.

Ejen-ejen yang bertauliah ini akan menolong si pemakai dengan tugasan dan aktiviti seharian seperti berjalan di kawasan yang sesak dan ketika membeli barangan dikedai runcit. Ejen ini ditugaskan sebagai penterjemah kawasan sekeliling si pemakai. Ejen tersebut juga boleh mengenal pasti lokasi pemakai menerusi Google Maps.

Aira- Kacamata Yang Membantu OKU Melihat Dunia

Aira memberitahu bahawa teknologi ini bukan direka untuk menggantikan kaedah lama seperti berjalan dengan haiwan pemandu ataupun menggunakan tongkat tetapi ia lebih kepada membantu melakukan tugasan yang spesifik.

Kacamata ini boleh didapati di Amerika Syarikat dengan cara melanggan pakej yang ditawarkan syarikat tersebut. Pemakai boleh mendapat kacamat itu dengan akses selama 200 minit pada RM 580 sebulan. Pakej yang lain pula adalah akses selama 400 minit untuk RM 900 sebulan dan ejen akan siap sedia di talian dalam masa 10 saat sebagai jaminan.

https://www.youtube.com/watch?v=PEejIaDTCwQ

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY