Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Eksekutif Bateri Samsung Sertai Apple, Dilantik Sebagai Ketua Pembangunan Bateri

Bekas Eksekutif Bateri Samsung Sertai Apple, Dilantik Sebagai Ketua Pembangunan Bateri

Diterbitkan Januari 24, 2019 oleh Haikel Areff

Jika semalam kami melaporkan mengenai seorang pegawai Apple yang beralih arah ke Google, hari ini muncul pula berita mengenai staf Samsung yang menyertai Apple.

Soonho Ahn, eksekutif bahagian bateri Samsung telah menyertai Apple pada Disember yang lepas dan dilantik sebagai ketua pembangunan bateri Apple yang baharu.

Apple sebelum ini pernah menggunakan bateri keluaran Samsung bagi model iPad dan MacBook mereka.

Bekas Eksekutif Bateri Samsung Sertai Apple, Dilantik Sebagai Ketua Pembangunan Bateri
TabletPCReview

Namun, mereka kini sedang dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pihak luar dalam pembangunan produk mereka sejak beberapa tahun lepas.

Selain bateri, Apple juga didakwa sedang membangunkan panel LED mereka sendiri untuk dipasang pada peranti mereka pada masa hadapan. Ia sekaligus akan memberi penjimatan kepada mereka.

Berita ini mengundang kritikan daripada beberapa pihak memandangkan Samsung mempunyai sejarah kurang baik pada kualiti bateri mereka.

Bagaimanapun, syarikat Korea tersebut dilihat telah melakukan perubahan yang baik bagi memastikan kejadian buruk melibatkan bateri keluaran mereka tidak lagi berulang.

 

Sumber: Bloomberg via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY