Setelah sebulan selepas pelancarannya, Google Duo kini telah mencecah 10 juta muat turun di Google Play. Aplikasi panggilan video ini telah menjadi aplikasi percuma terhangat di Google Play dan ianya boleh di dapati di seluruh dunia.
Aplikasi dari Google ini telah dilancarkan sekita sebulan yang lalu dalam usaha untuk bersaing dengan aplikasi dari Apple iaitu Face Time dan Skype dari Microsoft. Aplikasi Duo ini membolehkan anda membuat panggilan video dari senarai nombor telefon anda yang juga menggunakan aplikasi yang sama. Yang paling menarik tentang aplikasi ini ialah ianya dapat berfungsi dengan baik walaupun anda berada di kawasan yang mempunyai rangkaian yang rendah.
Selain daripada itu, Duo juga mengetengahkan ciri 'Knock knock' yang akan menunjukkan video pratonton si pemanggil dan anda boleh memutuskan samada untuk menjawab panggilan atau tidak. Duo mempunyai rekaan yang sangat ringkas dan sangat mudah untuk pengguna menggunakannya.
Berkaitan
- Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699
- Huawei MediaPad M5 & M5 Pro - Bukti Kepercayaan Huawei Kepada Model Tablet
- Vivo Malaysia Beri Gambaran V15 & Vivo V15 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Tempatan Bulan Ini
- Realme FAG
- Facebook Stories Tidak Mendapat Sambutan, Jadi Facebook Pinjam Instagram Stories
- Lintas Langsung Dari MWC19, Redmi Note 7 Pro Dilancarkan, Kedai Razer, Mate 20 Pro Turun Harga
- Tiada Lagi OPPO Siri-R, OPPO Mahu Fokuskan Kepada Siri-Find & Siri-Reno
- iPhone M68 - Prototaip iPhone Pertama Telah Didedahkan Buat Julung Kalinya
- Peranti Boleh Lipat Xiaomi Muncul Lagi Dalam Satu Video Acah
- (Video) Peranti Boleh Lipat Lenovo Muncul Dalam Satu Video Demo