Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Jepun Tamatkan Khidmat Baik Pulih PlayStation 2, Berakhirnya Riwayat Konsol Paling Popular Di Dunia

Sony Jepun Tamatkan Khidmat Baik Pulih PlayStation 2, Berakhirnya Riwayat Konsol Paling Popular Di Dunia

Diterbitkan September 4, 2018 oleh Haikel Areff

Riwayat konsol permainan video paling laris terjual dalam sejarah, PlayStation 2 akhirnya tamat secara rasmi apabila Sony Jepun mengumumkan bahawa khidmat baik pulih konsol itu telah pun dihentikan. Perkara ini dilaporkan oleh laman sesawang permainan video terkemuka, Kotaku.

Sony telah menghentikan penghasilan konsol PS2 pada tahun 2012, namun ketika itu masih menawarkan khidmat baik pulih bagi memastikan konsol itu kekal ‘hidup’. Namun, dengan pengumuman ini, maka boleh dikatakan bahawa hayatnya juga telah berakhir.

10-24 cruze playsta 1 .jpg

Kredit : Tom Cruze

PlayStation 2 telah diperkenalkan buat kali pertama pada Mac 2000 di Jepun. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih daripada 156 juta unit telah pun terjual di seluruh dunia. Ternyata konsol ini banyak meninggalkan kenangan kepada mereka yang pernah memilikinya satu masa dahulu.

Bagi memperingati konsol Playstation 2 ini, kongsikan nostalgia dan kenangan manis anda bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY