Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Bagi Pasaran China

Peranti Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Bagi Pasaran China

Diterbitkan Mei 22, 2018 · Dikemas kini Mei 22, 2018 oleh Haikel Areff

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan beberapa laporan berkenaan pembangunan model bajet atau ‘mini’ bagi peranti Galaxy S8 oleh Samsung. Dan pada 21 Mei yang lalu, Samsung telah pun melancarkan peranti tersebut, eksklusif buat pasaran China.

Bagaimanapun, peranti tersebut tidak menggunakan nama Samsung Galaxy S8 Mini dan dinamakan sebagai Samsung Galaxy S Light Luxury. Peranti ini hadir dengan reka bentuk yang menyerupai Galaxy S8 lantas mengekalkan imej mewah yang ada pada peranti tersebut.

Peranti ini hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 660 serta akan disokong oleh memori 4GB RAM serta 64 GB ROM. Untuk paparan skrinnya pula, Galaxy S Light Luxury ini mempunyai paparan skrin 5.8 inci dengan resolusi FHD+ dengan nisbah aspek paparan 18.5:9.

Peranti Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Bagi Pasaran China

Dari segi kamera peranti ini, ia akan menggunapakai kamera dengan lensa tunggal 16 MP untuk kamera utama serta 8MP bagi kamera hadapan. Antara ciri dan fungsi lain yang terdapat pada peranti ini ialah kalis habuk dan air, fungsi Samsung Pay, pengecasan tanpa wayar serta penggunaan sistem operasi Android Oreo.

Peranti yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Burgundy Red ini dijual pada harga RMB 3999(~RM 2494) di pasaran China dan sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan dilancarkan di pasaran global atau tidak.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY