Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SanDisk 1PB

SanDisk Sudah Ada Rancangan Untuk Tawar Storan SSD 1 petabait

Diterbitkan Februari 24, 2025 oleh Amsyar Latif

SanDisk baru-baru ini mengumumkan teknologi UltraQLC, platform storan baharu yang akan membolehkan pembangunan SSD bersaiz 1 petabait (PB). Teknologi ini dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan storan berskala besar, khususnya dalam pusat data dan infrastruktur moden.

UltraQLC merupakan teknologi gabungan BICS 8 QLC 3D NAND, pengawal khas 64 saluran, serta perisian tegar canggih yang meningkatkan prestasi, kepadatan data, dan kecekapan tenaga.

photo_2025-02-24 12.50.11

Antara kelebihan penggunaan UltraQLC adalah membolehkan kapasiti sehingga 128TB bagi peringkat awal, dan SanDisk merancang untuk meningkatkan ke 256TB, 512TB, hingga 1PB.

Pengawal storan yang digunakan dalam UltraQLC SSD turut dilengkapi pemecut perkakasan khusus yang berfungsi untuk mengurangkan kependaman dan meningkatkan kelajuan pemindahan data.

photo_2025-02-24 12.50.12

Selain itu, ia mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan penggunaan tenaga secara dinamik berdasarkan beban kerja, menjadikannya lebih cekap tenaga.

Teknologi ini juga membolehkan setiap saluran data digunakan sepenuhnya tanpa menjejaskan prestasi keseluruhan sistem.

Menurut SanDisk, SSD UltraQLC ini akan membantu menangani cabaran storan dalam dunia teknologi yang berkembang pesat, termasuk AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

Dengan peningkatan kapasiti NAND masa depan, kita bakal lihat SSD 1PB dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ini menandakan satu lonjakan besar dalam industri storan digital, di mana SSD berkapasiti petabait berpotensi menggantikan storan mekanikal tradisional, sekali gus mempercepatkan transformasi pusat data dan infrastruktur awan.

Berkaitan

  • SanDisk Perkenalkan Kad SD 4TB Pertama Di Dunia, Akan Dilancar Tahun Depan
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • SanDisk Dijenamakan Semula Dengan Logo Baharu
  • Ini 4 Jenis Kad Memori SD Yang Patut Anda Tahu

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY