Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Storan SSD PCIe® Gen 5 Terpantas Di Dunia Dilancar, Harga Bermula ~RM847

Posted on Mei 19, 2025Mei 19, 2025

Sandisk telah melancarkan SSD terbaru mereka, WD_BLACK SN8100 NVMe™ dengan PCIe® Gen 5.0, yang menawarkan prestasi dan kecekapan tenaga terbaik dalam industri.

Direka khas untuk pemain permainan tegar, pencipta kandungan dan aplikasi kecerdasan buatan (AI), SSD ini mampu mencapai kelajuan sehingga 14,900 MB/s dan kapasiti sehingga 8TB.

Kelajuan ini sekali gus menjadikan ia sebagai storan SSD yang terpantas di dunia ketika ini.

Selain itu, antara ciri utamanya yang lain termasuklah lebih 100% lebih cekap tenaga berbanding SSD PCIe Gen 4.0 Sandisk dan berketahanan tinggi .

Malah ia juga ditawar dengan pilihan model yang menggunakan aluminium anod bagi heatsink dan pencahayaan RGB boleh suai.

SSD ini ditawarkan dalam kapasiti 1TB hingga 4TB buat masa sekarang, sementara model 8TB pula hanya dijangka dilancarkan kemudian dalam tahun ini.

Harga SSD WD_BLACK SN8100 NVMe™ ini bermula dari $179.99 (~RM846) tanpa heatsink dan $199.99 (~RM940) dengan heatsink.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress