Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
helmet pintar gopro

GoPro Kini Masuk Dunia Helmet Pintar – Kerjasama Dengan AGV Bermula

Diterbitkan Mei 19, 2025 · Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh ariff bukhari

Agak lama tidak mendengar berita terkini tentang perkembangan pengeluar kamera aksi terkemuka iaitu GoPro.

GoPro kini kembali dengan perkembangan terkini mengenai rancangan pembangunan helmet pintar mereka.

Imbas kembali, GoPro pada Januari 2024 lalu telah pun mengambil alih syarikat helmet pintar Australia, Forcite yang terkenal dengan helmet MK1S yang mampu merakam video seperti dashcam menggunakan sensor Sony.

forcite helmet MK1S
Forcite helmet MK1S.

Kini, GoPro bercadang untuk menaik taraf rekaan tersebut dengan kamera aksi beresolusi tinggi yang lebih sesuai untuk penunggang motosikal, selaras dengan kebiasaan ramai penunggang yang memasang kamera di helmet mereka.

Dalam pengumuman pendapatan suku pertama 2025, CEO GoPro, Nicholas Woodman, mengumumkan kerjasama rasmi dengan pengeluar helmet terkenal AGV untuk membangunkan helmet motosikal pintar bersama.

Beliau menyatakan bahawa kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran kedua-dua jenama dalam inovasi, keselamatan dan prestasi, dan mereka akan berkongsi perkembangan selanjutnya menjelang pelancaran produk pertama mereka itu.

Berkaitan

  • GoPro Peroleh Syarikat Perintis Teknologi Helmet Motorsikal, Forcite
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • iPhone Pada Masa Depan Mungkin Boleh Dikawal Menerusi Kawalan Minda

Sumber: motociclismo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY