Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo_Register Early and Unlock Exclusive Rewards worth up to RM1,238 with Samsung Vision AI

Samsung Vision AI Bakal Tiba, Daftar Awal Untuk Hadiah Smart Monitor Dan Soundbar

Diterbitkan April 30, 2026 oleh Amsyar Latif

Samsung Malaysia bakal melancarkan barisan televisyen dan monitor pintar terbaharu bagi tahun 2026 yang diperkasakan oleh teknologi Samsung Vision AI.

Evolusi terbaharu ini direka untuk memberikan pengalaman hiburan rumah yang lebih pintar melalui paparan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yang mampu menyesuaikan kandungan mengikut keperluan peribadi pengguna. Sebagai persediaan sebelum pelancaran rasmi, Samsung kini membuka tempoh pendaftaran minat bermula hari ini sehingga 10 Mei 2026, yang menawarkan ganjaran eksklusif kepada pelanggan yang mendaftar lebih awal.

Melalui program pendaftaran minat ini, pelanggan yang membeli model TV Samsung AI 2026 terpilih semasa tempoh pelancaran layak menerima Smart Monitor M5 bersaiz 27 inci secara percuma yang bernilai RM1,238.

Antara model televisyen yang terlibat dalam promosi ini termasuklah siri Micro RGB R95H dan R85H, siri OLED S90H dan S85H, serta siri Neo QLED QN80H yang hadir dengan saiz sehingga 100 inci. Malah, model gaya hidup seperti siri The Frame Pro LS03HW dan Mini LED M80H turut disenaraikan sebagai model yang layak untuk penebusan hadiah tersebut.

Selain televisyen, Samsung turut menawarkan ganjaran bagi pembelian barisan monitor terbaharu melalui kempen yang sama.

Pelanggan yang mendaftar dan membeli monitor terpilih seperti Odyssey G8 Gaming Monitor (5K atau 6K) atau ViewFinity S8 5K2K WUHD boleh memilih ganjaran berupa peranti audio bernilai sehingga RM1,999.

Pilihan hadiah merangkumi Soundbar B-Series atau Music Studio 5, bergantung kepada model monitor yang dibeli. Baucar eksklusif ini akan diberikan kepada mereka yang mendaftar di laman web rasmi Samsung dan boleh ditebus semasa tempoh pembelian yang bermula dari 11 Mei sehingga 31 Mei 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Samsung Tidak Gentar Kerjasama TCL-Sony, Sasar Lonjak Jualan Sempena Piala Dunia 2026
  • Samsung Onyx Kini Hadir Dalam Saiz 14 Meter, Sasar Panggung Wayang Format Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY