Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Neo QLED 4K QN85C 9

Samsung Tidak Gentar Kerjasama TCL-Sony, Sasar Lonjak Jualan Sempena Piala Dunia 2026

Diterbitkan April 17, 2026 · Dikemas kini April 17, 2026 oleh Amsyar Latif

Pasaran TV dunia dijangka semakin panas apabila dua gergasi, TCL dan Sony, bakal bergabung tenaga melalui sebuah syarikat usaha sama menjelang 2027.

Walaupun gabungan kepakaran teknologi audio-visual Sony dan skala pengeluaran besar TCL dilihat sebagai ancaman baru, Samsung Electronics nampaknya tetap tenang dan yakin dengan kedudukan mereka sebagai raja televisyen dunia.

Langkah ini sebenarnya bukanlah kejutan besar buat pemerhati industri. Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa TCL bakal mengambil alih 100% pegangan Sony EMCS Malaysia, selain laporan mengenai Sony yang memisahkan perniagaan TV mereka untuk menubuhkan entiti baharu bersama syarikat dari China tersebut.

Memetik laporan daripada Yonhap News Agency, Samsung menyifatkan impak kerjasama tersebut terhadap pasaran adalah terhad. Menurut Presiden Perniagaan Paparan Visual Samsung, Yong Seok-woo, jumlah penghantaran tahunan Sony ketika ini hanyalah sekitar 4 juta unit, iaitu kira-kira satu persepuluh sahaja daripada skala yang dimiliki Samsung.

Beliau menegaskan bahawa penggabungan tersebut tidak cukup kuat untuk menggugat dominasi Samsung, walaupun mengakui wujudnya sinergi antara jenama premium Sony dan kekuatan kilang TCL.

Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan Samsung tidak boleh terlalu selesa. Menurut Counterpoint Research, walaupun Samsung masih mendominasi 54.3% pasaran TV premium, dari segi jumlah unit keseluruhan, TCL kini sedang mengekori rapat dengan pegangan 13%, hanya beza 2% di belakang Samsung.

Menghadapi persaingan ini, Samsung merancang untuk menyusun semula strategi dengan memberi perhatian kepada model bukan premium untuk melonjakkan volum penghantaran, terutamanya sebagai persediaan menghadapi permintaan tinggi sempena Piala Dunia FIFA 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Sony Pisahkan Perniagaan TV, Bakal Tubuhkan Syarikat Baharu Bersama TCL
  • TCL Akan Ambil Alih 100% Pegangan Sony EMCS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY