Kedua-dua syarikat tersebut saling menggunakan platform media elektronik untuk "menyerang" antara satu sama lain. Bagaimanapun, baru-baru ini Samsung dilihat telah tersalah langkah apabila tertangkap mempromosikan Galaxy Note 9 menggunakan peranti iPhone.
Ia terjadi apabila Samsung Mobile Nigeria mengirimkan satu kicauan di akaun Twitter mereka baru-baru ini bagi menonjolkan keupayaan skrin SuperAMOLED pada Galaxy Note 9 mereka.
https://twitter.com/MKBHD/status/1069246242130145280
Namun, pengguna lain nampaknya lebih tertarik dengan frasa "via Twitter for iPhone" di bucu bawah sebelah kanan video yang dikirimkan. Perkara ini menjadi tular selepas Youtuber terkemuka, Marques Brownlee membuat kiriman mengenainya di akaun miliknya, @MKBHD.
Menurut tinjauan kami, kiriman tersebut telah pun dibawa keluar oleh Samsung Mobile Nigeria. Akan tetapi, nasib pekerja yang membuat kiriman itu tidak dapat dipastikan setakat ini.
Samsung sangat tegas mengenai perkara sebegini. Sebelum ini, Samsung telah memecat dua orang dutanya, Kate Upton dan Ksenia Sobchak kerana tertangkap menggunakan iPhone peribadi di khalayak umum.
Sumber: Marques Brownlee BGR
Berkaitan
- Kenapa Apple Mac Tak Ada Stiker "Intel Inside"?
- Reaksi Awal Samsung Galaxy S10 - Skrin Dynamic AMOLED Yang Mengiurkan Tapi...
- Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Tetapan Kuad-Kamera Utama
- Samsung Membayangkan Harga Telefon Boleh Lipat Mereka Tidak Mesra-Poket
- Samsung Umum Galaxy A7(2018) Dengan Tri-Kamera Utama, Bakal Diperkenalkan 11 Oktober Ini
- Counterpoint - Majoriti Pengguna Baharu Pixel 3 & OnePlus 6T Datang Dari Samsung
- Kini Facebook Live Boleh Di Layari Di Google Chromecast Dan Apple TV
- Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- Kemaskini Terbaru Apple Music Untuk Android Mempamerkan Rekaan Baru
- Apple Diarah Tarik Balik Produk iPhone Dari Kedai Di Jerman