Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s22

Samsung Tawar Camera Assistant, Ambil Gambar Lepas Ini Lebih Pro

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Peminat aktiviti luar pada waktu malam serta gemar menangkap gambar bintang-bintang di langit pasti akan teruja dengan pembaharuan yang telah dibuat pada kamera Samsung Galaxy S22. Kamera telefon pintar ini sudah pun memiliki gred profesional untuk ciri nightography yang lebih maju.

Kini, terdapat kemas kini terbaharu pada aplikasi Expert RAW serta pengenalan kepada aplikasi baru yang dinamakan Camera Assistant di mana pengguna berkebolehan untuk menangkap gambar seolah-olah seorang profesional.

Expert RAW memberi siri S22 kebolehan fotografi pada waktu malam yang tinggi dengan ciri Astrophoto yang luar biasa. Ciri baru ini memberi kelebihan kepada pengguna yang suka pemandangan alam semulajadi pada waktu malam yang dipenuhi dengan bintang dan bentuk buruj yang mengagumkan.

Samsung Tawar Camera Assistant, Ambil Gambar Lepas Ini Lebih Pro

Sky Guide membantu pengguna untuk mengesan lokasi buruj, sistem solar dan beberapa kumpulan bintang dan nebula. Kamera telefon pintar ini kemudiannya akan menggunakan teknologi pembahagian AI yang lebih maju dan memproses multi-frame berdasarkan pergerakan langit untuk ditangkap pada masa yang ditetapkan.

Jika pengguna ingin menunjukkan sisi kreatif dan artistik mereka dalam gambar, mereka boleh mengguna ciri Multiple Exposure. Ciri ini akan menangkap gambar untuk beberapa kali pada masa yang sama. Kemudian, pengguna boleh menggunakan mod Overlay untuk menggabungkannya menjadi satu paparan yang menonjol.

Dengan cara ini, pengguna boleh bereksperimen dengan imej-imej ini untuk menjadi paparan abstrak. Untuk mengakses versi beta untuk Astrophoto dan Multiple Exposure, pengguna boleh pergi ke pilihan Special Photo di dalam ruangan tetapan Expert RAM.

Samsung Tawar Camera Assistant, Ambil Gambar Lepas Ini Lebih Pro

Setiap pengguna yang suka menangkap gambar ini pasti akan ada tetapan mereka tersendiri bagi menghasilkan gambar yang mengikuti citarasanya. Dengan aplikasi Camera Assistant yang baharu ini, pengguna boleh menggunakan ciri-ciri yang telah mereka ubahsuai semula dan ianya akan dikira sebagai automatik selaras dengan kamera telefon pintar tersebut.

Aplikasi ini boleh didapati pada Galaxy Store dan aplikasi Good Lock. Aplikasi itu akan tersedia di bawah tetapan kamera di kamera asal telefon.

Antara ciri dan akses Camera Assistant yang diberikan kepada pengguna:

  • Auto HDR: Pengguna boleh menutup ciri ini jika ingin mengambil gambar beratmosfera tanpa sebarang kesan HDR.

Samsung Tawar Camera Assistant, Ambil Gambar Lepas Ini Lebih Pro

  • Soften pictures: Untuk melicinkan mana-mana bucu yang tajam serta tekstur imej.

Samsung Tawar Camera Assistant, Ambil Gambar Lepas Ini Lebih Pro

  • Auto Lens switching: Lensa kamera akan diaktifkan secara automatik sekiranya berada di dalam kawasan yang gelap atau mendekatkan kamera pada suatu objek yang tertentu. Ciri ini boleh ditutup jika ingin menggunakan lensa telefoto berbanding daripada lensa yang lebar.
  • Rakaman video dalam mod Photo: Pengguna boleh menutup ciri untuk mengelakkan daripada merekod video tanpa sengaja di dalam mod Photo.
  • Bilangan gambar selepas pemasa (timer): Pengguna kini boleh memilih bilangan gambar yang ingin ditangkap selepas mengguna pemasa. Bilangan gambar boleh dipilih sehingga 7 keping.
  • Faster Shutter: Mod ini membenarkan pengguna untuk mengambil 7 gambar dalam sesaat. Ianya sangat berguna untuk menangkap gambar yang bergerak.
  • Camera timeout: Pengguna boleh memilih untuk berapa lama aplikasi Camera tidak terpadam sama ada 1 atau 10 minit.
  • Paparan HDMI yang lebih bersih: Memaparkan pratonton kamera tanpa sebarang menu atau butang pada paparan HDMI yang disambungkan.

Buat masa sekarang, hanya siri Galaxy S22 sahaja yang dapat menggunakan aplikasi baharu ini memandangkan ia sudah menerima kemas kini One UI 5.0. Peranti siri lain mungkin bakal menerimanya selepas kemas kini One UI 5.0 dilepaskan kelak.

Sumber: Samsung 

Gambar: Samsung 

Berkaitan

  • Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia - Kamera 50MP, Harga Bawah RM700
  • One UI 5.0 Mula Dilepaskan, Mari Semak Bila Peranti Samsung Anda Akan Dapat
  • Infinix Note 12 Dah Ada Varian 256GB, Boleh Dapatkan Pada Harga RM799 Bermula Esok
  • Sony LinkBuds S Hadir Dengan Warna Baharu, Dicipta Menggunakan Bahan Kitar Semula
  • RM2099 Merupakan Harga Rasmi Buat Telefon Nokia X30 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY