Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy A04s_2

Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia – Kamera 50MP, Harga Bawah RM700

Diterbitkan Oktober 22, 2022 oleh Amalina Athman

Samsung kini mengumumkan ketibaan Galaxy A04s untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia – Kamera 50MP, Harga Bawah RM700

Menyentuh spesifikasi, Galaxy A04s dilengkapi skrin PLS LCD bersaiz 6.5-inci HD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Mempunyai paparan bertakuk, ia menempatkan kamera swafoto 5MP.

Peranti ini hadir dengan gandingan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman, yang juga menyokong MicroSD sehingga 1TB storan.

Berkaitan

  • Samsung 'Ajak' Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti
  • Memori RAM LPDDR5X Baharu Samsung - Lebih Berprestasi, Lebih Cekap Tenaga
  • Samsung Umum ISOCELL HPX, Sensor Kamera 200MP

Terdapat tiga tetapan kamera iaitu 50MP utama, 2MP depth dan 2MP makro yang ditempatkan secara menegak di bahagian belakang peranti.

Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia – Kamera 50MP, Harga Bawah RM700

Untuk janaan kuasa, Galaxy A04s mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh dengan port pengecasan USB-C. Antara lainnya, ia hadir sokongan pengimbas cap jari pada butang kuasa di bahagian sisi, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy A04s ditawarkan pada harga RM679 dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Copper dan Green.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY