Sehingga November 2019, syarikat gergasi dari Korea Selatan ini telah menyumbang 53.9% dari pasaran global telefon pintar 5G. Samsung juga telah mendahului industri dengan menawarkan 5 peranti yang menyokong 5G secara global termasuk Galaxy S10 5G, Note 10 5G dan Note10+ 5G, serta Galaxy A90 5G dan Galaxy Fold 5G yang dilancar baru-baru ini.
Galaxy Tab S6 5G yang bakal membuat kemunculan pada suku pertama tahun 2020, akan menjadi tablet 5G pertama di dunia yang membawa kelajuan ultra-pantas bersama-sama dengan kuasa dan prestasi siri Galaxy Tab.
Dengan paparan premium, keupayaan multimedia dan 5G, Galaxy Tab S6 5G menawarkan video berkualiti tinggi, serta pengalaman premium untuk menonton aliran video siaran langsung dan pra-rakaman atau bermain permainan awan (cloud game) dan dalam talian.
Sepanjang tahun lalu, selain melancarkan peranti 5G, syarikat ini telah mencapai beberapa kejayaan termasuk menyediakan peralatan rangkaian untuk perkhidmatan komersil 5G pertama di dunia di Korea serta mengembangkan rangkaian 5G dan memperkenalkan pengalaman 5G.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Nafi Penjenamaan Semula Cip Exynos
- Samsung Galaxy S21 Mungkin Hadir Tanpa Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak
- Samsung Akan Membekalkan Cip Exynos Kepada Xiaomi, vivo Dan OPPO
- vivo Daftar Tanda Dagang Komputer Riba Dan Tablet
- Samsung Perkenal Galaxy Fit 2 - Penjejak Kecergasan Dengan Ketahanan Bateri 15 Hari
- YouTube Uji Ciri 'Stable Volume'
- Samsung Dilapor Akan Bekalkan Panel OLED Berbeza Untuk Siri iPhone 14
- Kalahkan Samsung Dan Qualcomm, MediaTek Bangunkan Cip Pertama Dengan Teknologi 3nm TSMC
- Samsung Perkenal Galaxy A54 Dan A34 Dengan Ketahanan Bateri Lebih Dua Hari
- Menjelang Pelancaran iPhone 14, Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple