Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menjelang Pelancaran iPhone 14, Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple

Menjelang Pelancaran iPhone 14, Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple

Diterbitkan September 2, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Apple akan melancarkan barisan iPhone 14 melalui acara khas yang dijadualkan berlangsung 7 September ini. Menjelang beberapa hari sahaja lagi pelancaran, Samsung kini telah memuat naik video yang ditujukan kepada Apple.

Berkaitan

  • Samsung Padam Iklan Perli Apple Mengenai Kepala Pengecas
  • Samsung Kongsi Video Baharu Untuk Perli Kamera Apple
  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14

Fokus Samsung dalam iklan tersebut adalah ciri-ciri inovatif yang ada pada Galaxy S22 Ultra dan Z Flip 4. Berdurasi selama 30 saat, video iklan itu menyatakan,

“Buckle up for Apple’s latest launch as you enter a world where heads will turn, just not in your direction. Where the highest resolution camera on a smartphone will be in someone’s pocket. And that epic moonshot that’s getting all the likes won’t be yours. Because this innovation is not coming soon to an iPhone near you. It’s already here in the galaxy.”

Bukanlah perkara baharu, Samsung juga pernah memuat naik imej memerli Apple yang ketika itu mengeluarkan kepala mengecas daripada kotak pembelian iPhone 12. Namun, setelah beberapa ketika, imej itu dipadam.

Kini, Samsung juga mengambil langkah yang sama seperti Apple, di mana pengeluar telefon itu tidak lagi menyertakan kepala pengecas bagi peranti andalannya termasuk Galaxy S22 Ultra dan Z Flip4.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY