Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Exynos_

Samsung Nafi Penjenamaan Semula Cip Exynos

Diterbitkan November 29, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak 2011, Samsung telah menggunakan nama Exynos untuk cipnya. Namun, baru-baru ini timbul khabar angin yang mendakwa syarikat itu akan menjenamakan semula nama cip tersebut.

Pengguna di platform X, dikenali sebagai oreXda mendakwa bahawa Samsung akan menjenamakan semula Exynos kepada “Dream Chip”.

Kini, Samsung Semiconductor menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar, sekali gus menafikannya.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Imej Sebenar Galaxy S24 Ultra Didakwa Tertiris
  • Samsung Internet Kini Tersedia Untuk Windows

Melalui Android Authority, Samsung Semiconductor mengatakan,

The rumor on rebranding is not true. For your reference, the mentioned brand name [Dream] is simply an internal project name.

Ia jelas bermaksud Samsung tidak akan menukar nama Exynos kepada “Dream” atau “Dream Chip” seperti yang didakwa. Dalam respons selanjutnya, syarikat itu sekali lagi menegaskan semua khabar angin berkaitan penjenamaan semula adalah tidak benar.

Sudah tentunya, tidak mustahil jika Samsung mengubah fikiran dan memilih untuk menjenamakan semula barisan cip Exynos kelak. Namun, sekurang-kurangnya buat masa ini, syarikat itu akan mengekalkan penggunaan nama sedia ada.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkc7lb
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkc7l5

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY