Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 14

Samsung Dilapor Akan Bekalkan Panel OLED Berbeza Untuk Siri iPhone 14

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut laporan terbaru, Samsung Display akan membekalkan panel OLED bagi siri iPhone 14. Bagi mengurangkan kos pengeluaran Apple, syarikat itu akan menggunakan panel yang berbeza gred untuk setiap model iPhone 14.

Seperti yang dipetik The Elec, Samsung akan menggunakan panel dengan gred lebih rendah iaitu OLED generasi sebelumnya pada model iPhone 14 separa andalan. Manakala, iPhone 14 andalan pula akan dibekalkan dengan panel yang lebih baik dan terkini.

Untuk lebih terperinci, sebagai pembekal Apple, Samsung Display akan menyediakan panel OLED yang dibangunkan menggunakan bahan yang dipanggil sebagai M11 dan M12. Panel LTPS yang berasaskan set M11 akan digunakan pada model iPhone 14 dengan saiz 6.1 inci dan 6.7 inci.

Sementara itu, iPhone 14 andalan akan dibekalkan panel LTPO OLED yang menggunakan set bahan M12 yang lebih baharu. Dikatakan, set bahan yang sama akan digunakan oleh Samsung untuk mengeluarkan panel OLED bagi Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 yang akan datang.

Secara keseluruhan, Samsung dijangka akan membekalkan Apple kira-kira 80 juta panel OLED bagi siri iPhone 14. Pelancaran iPhone 14 ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan September nanti.

Sumber: Sam Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY