Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Akan Membekalkan Cip Exynos Kepada Xiaomi, vivo Dan OPPO

Samsung Akan Membekalkan Cip Exynos Kepada Xiaomi, vivo Dan OPPO

Diterbitkan November 4, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung tidak asing lagi dalam menawarkan pemproses kepada pengeluar peranti Android lain. Baru-baru ini, vivo turut menggunakan cip Exynos 980 dan Exynos 880 pada beberapa telefon keluarannya.

Terkini, gergasi teknologi Korea Selatan itu dilaporkan dalam perancangan untuk membekalkan cip Exynos kepada OPPO dan Xiaomi pada separuh pertama 2021.

Pada masa ini, Qualcomm merupakan pembekal cip utama bagi peranti andalan (flagship). Oleh itu, cip pemproses Exynos akan digunakan bagi segmen peranti permulaan.

Exynos Xiaomi OPPO

Sementara itu, Xiaomi dan OPPO dikatakan ingin menggunakan cip Exynos berikutan memerlukan lebih banyak pemproses untuk memperluaskan pengeluaran telefon pintar.

Dengan membekalkan cip pemproses kepada pengeluar telefon pintar dari China, Samsung dijangka akan menarik lebih banyak pengeluar dan memperluaskan lagi pengeluaran pada masa akan datang.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY