Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sudah Pasarkan Lebih 6.7 Juta Telefon 5G Pada Tahun 2019

Samsung Sudah Pasarkan Lebih 6.7 Juta Telefon 5G Pada Tahun 2019

Diterbitkan Januari 3, 2020 ยท Dikemas kini Januari 3, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung Electronic hari ini mengumumkan telah memasarkan lebih 6.7 juta telefon pintar dengan sokongan 5G secara global pada tahun 2019.

Sehingga November 2019, syarikat gergasi dari Korea Selatan ini telah menyumbang 53.9% dari pasaran global telefon pintar 5G. Samsung juga telah mendahului industri dengan menawarkan 5 peranti yang menyokong 5G secara global termasuk Galaxy S10 5G, Note 10 5G dan Note10+ 5G, serta Galaxy A90 5G dan Galaxy Fold 5G yang dilancar baru-baru ini.

ezgif.com-webp-to-png (3)

Galaxy Tab S6 5G yang bakal membuat kemunculan pada suku pertama tahun 2020, akan menjadi tablet 5G pertama di dunia yang membawa kelajuan ultra-pantas bersama-sama dengan kuasa dan prestasi siri Galaxy Tab.

Dengan paparan premium, keupayaan multimedia dan 5G, Galaxy Tab S6 5G menawarkan video berkualiti tinggi, serta pengalaman premium untuk menonton aliran video siaran langsung dan pra-rakaman atau bermain permainan awan (cloud game) dan dalam talian.

Sepanjang tahun lalu, selain melancarkan peranti 5G, syarikat ini telah mencapai beberapa kejayaan termasuk menyediakan peralatan rangkaian untuk perkhidmatan komersil 5G pertama di dunia di Korea serta mengembangkan rangkaian 5G dan memperkenalkan pengalaman 5G.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY