Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung sensor 440MP

200MP Belum Cukup, Samsung Didakwa Akan Hasilkan Sensor 440MP

Diterbitkan Ogos 19, 2023 · Dikemas kini Ogos 19, 2023 oleh Amalina Athman

Jika kamera 200MP yang dimuatkan pada Galaxy S23 Ultra sudah dianggap cukup besar, tetapi ia mungkin tidak. Samsung kini dilapor sedang mengusahakan empat sensor kamera baharu, termasuk sensor 440MP.

Berkaitan

  • Pembelian Telefon realme Lebih Berbaloi Di 4 Kedai Ini
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima One UI 6

Peniris Revegnus melalui platform X mendakwa Samsung akan menghasilkan sensor ISOCELL yang terdiri daripada 400MP HU1, 320MP, 200MP HP7 dengan 0.6μm serta 50MP GN6 dengan 1.6μm.

Bagi sensor 440MP, tidak dapat dipastikan jika ia akan digunakan pada telefon pintar atau sebaliknya untuk segmen lain seperti automotif atau perindustrian.

Sensor 50MP GN6 dijangka akan digunakan oleh pengeluar di China. Untuk sensor 200MP HP7, Samsung didakwa telah membatalkan perancangan untuk menggunakannya pada Galaxy S25 Ultra berikutan kos yang terlalu tinggi.

Terdapat kemungkinan ketiga-tiga sensor ini tidak akan tersedia untuk produk Samsung.

https://twitter.com/Tech_Reve/status/1692428586156966114

 

Berkenaan sensor 320MP pula, peniris itu mencadangkan ia berpotensi akan digunakan dalam Galaxy S26 Ultra.

Tambahnya, pengeluaran besar-besaran bagi kesemua sensor tersebut dijangka akan bermula separuh kedua 2024.

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan jika Samsung akan menghasilkan sensor baharu dan menggunakannya dalam telefon pintar akan datang.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cljlkvg
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cljlkvp

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY