Setiap pengeluar telefon pintar pasti hadir dengan stor rasmi mereka yang premium. Bukan setakat rupa sahaja tetapi ia menawarkan lebih daripada itu.
Seiring dengan peredaran waktu, jenama yang cepat meningkat naik, realme turut hadir dengan kedai mereka yang berstatus flagship dan premium.
Kedai yang baru dinaik taraf itu dikenali sebagai realme Brand Store 3.0 dimana ia baru sahaja dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Jadi, apa yang menariknya dengan kedai ini? Apa manfaat yang pengguna bakal dapat? Teruskan membaca untuk mengetahuinya.
realme Brand Store 3.0 Rasmi Dibuka Di Malaysia
realme Brand Store 3.0 sememangnya unik kerana rekaan kedai ini hadir dengan identiti realme itu sendiri disamping membawa konsep lebih moden serta seiring dengan aspirasi ‘No Leap No Launch’.
Bukan itu sahaja, anda juga bakal menikmati layanan terbaik bagi segala keperluan yang anda mahukan di sini termasuk dalam proses pembelian.
Lebih membuatkannya eksklusif, realme Brand Store 3.0 ini hanya dibuka di pusat beli belah utama di Malaysia yang mana buat masa sekarang tersedia di 4 tempat, iaitu Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Selangor, Palm Mall, Negeri Sembilan dan Ipoh Parade, Perak. Kesemuanya bakal dibuka secara rasmi kepada pengunjung bermula 29 Julai 2023.
Ada Diskaun, Ada Hadiah Bernilai Hingga RM20,000
Bersempena kehadirannya, realme ada pelbagai promosi menarik menanti anda dan ada juga cabutan bertuah sebaik sahaja anda berkunjung ke realme Brand Store 3.0.
Bukan itu sahaja, anda turut dapat diskaun khas untuk peranti realme terpilih termasuk 6 bulan waranti tambahan, 6 bulan pelindungan skrin retak (model terpilih) dan sekiranya anda membuat pembelian siri realme GT, siri Number realme, siri C atau realme Pad di Brand Store 3.0 ini layak membawa pulang hadiah.
Tak cukup best? Ada lagi. Bagi anda yang membeli mana-mana telefon atau tablet realme boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM20,000 termasuk realme TV 50”, realme Book, realme Pad Mini WiFi dan banyak lagi.
Tapi, kalau anda membeli telefon terbaharu realme, iaitu siri realme 11 Pro 5G akan bawa pulang surprise gift. Ada lagi. 100 pengunjung pertama juga berpeluang untuk sertai aktiviti photo booth dan layak untuk dapat door gift.
Masa Terbaik Beli Siri realme 11 Pro
Seperti yang anda tahu, siri realme 11 Pro 5G adalah penawaran terbaharu daripada realme. Telefon ini memfokuskan pengalaman fotografi terbaik tetapi pada harga yang mampu milik.
Ia hadir dengan dua varian, 11 Pro+ 5G dan 11 Pro 5G yang mana varian tertinggi mempunyai storan 512GB dan paling best, kamera 200MP SuperZoom pertama di dunia dengan 4x in-sensor lossless zoom. Paling penting, harganya hanya RM1,999 sahaja.
Selain spesifikasi yang mengancam, rekaan peranti ini jauh lebih premium dan cantik. Siri realme 11 Pro 5G direka khas dengan bekas pereka Gucci, Matteo Menotto dimana panel belakangnya menggunakan vegan leather dengan tekstur 3D-woven yang secara tak langsung seakan-akan kita lihat pada produk beg tangan ikonik daripada Gucci.
Jadi, ini adalah masa terbaik untuk anda mendapatkan siri realme 11 Pro kerana bukan sahaja dapat 6 bulan waranti tambahan, 6 bulan pelindungan skrin retak, tetapi akan dapat 11 series gift box beserta realmeow limited edition figurine.
Memang banyak hadiah yang anda dapat, termasuk figura edisi khas realme. Semuanya boleh didapati hanya di realme Brand Store 3.0.
Oleh itu, jangan tunggu lagi dan terus sahaja berkunjung ke realme Brand Store 3.0 berhampiran anda!
*Artikel ini dibawakan realme Malaysia