Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung S8 Sah Hadir Dengan 2 Versi Cip Pemproses, Snapdragon 835 atau Exynos 9

Samsung S8 Sah Hadir Dengan 2 Versi Cip Pemproses, Snapdragon 835 atau Exynos 9

Diterbitkan Februari 20, 2017 oleh Haikel Areff

Samsung Galaxy S7 dan S7  Edge yang diperkenalkan tahun lepas hadir dengan dua versi iaitu sama ada dengan cip pemproses sendiri Exynos 8 atau Qualcomm Snapdragon 820 mengikut pada pasaran yang berbeza.

Beberapa hari lepas kita diumumkan dengan pemproses Pinecone dari Xiaomi, hari ini Samsung pula mengumumkan pelancaran cip pemproses edisi terbaru mereka iaitu Exynos 9 yang  bakal hadir bersama dengan Galaxy S8. Ini bermaksud Galaxy S8 sah akan diedarkan ke pasaran dengan dua variasi cip pemproses iaitu Snapdragon 835 atau Exynos 9.

Berdasarkan dari laporan, Galaxy S8 yang dikuasakan oleh Exynos 9 akan mula dijual ke pasaran bermula di Korea pada 14 April 2017. Manakala peranti bersama cip pemproses Snapdragon 835 pula akan dijual kemudiannya ke negara-negara lain.

Seperti Snapdragon 835, Exynos 9 mungkin dihasilkan menggunakan proses fabrikasi FinFET 10nm milik Samsung sendiri. Cip ini juga mungkin dibina dengan CPU 8-teras bersama tambahan 4-teras M2 dan 4 ARM Cortex-A53 disamping GPU Mali-G71 yang terbaru.

Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus kini sedang hangat dibicarakan di Internet dan dipercayai yang akan diumumkan di Amerika Syarikat dan Eropah serentak pada 29 Mac ini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY