Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy A8s Mungkin Muncul Sebagai Telefon Dengan Skrin Penuh Pertama Samsung

Samsung S10+ Dilapor Akan Hadir Dengan Rekaan Dwi-Kamera Hadapan Pelik

Diterbitkan Disember 4, 2018 oleh Haikel Areff

Tindakan Samsung untuk menggunakan rekaan lubang atau sistem Infinity Display pada Galaxy S10 dan S10+ nanti bukan lagi satu rahsia. Sambil Galaxy S10 dijangka akan menggunakan rekaan Infinity-O, model S10+ pula dilaporkan akan hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza.

Mengikut imej render yang didedahkan oleh @UniverseIce(via @91Mobiles) baru-baru ini, kamera hadapan bagi peranti ini akan dipasang pada bahagian bucu atas sebelah kanan peranti. Saiznya pula agak besar dan sedikit mengganggu bagi pandangan saya.

If the rendering is true… S10+ looks like this. . .😂 pic.twitter.com/cKtg8k7aio

— I'm back! (@UniverseIce) December 4, 2018

Ia dilaporkan setebal 3.5mm, iaitu sama dengan ketebalan diameter bagi bicu audio yang biasa digunakan. Bagaimanapun, imej ini bukanlah imej rasmi dan ia masih lagi diperingkat ura-ura.

Tambahan pula, Galaxy S10 dan S10+ hanya akan diperkenalkan secara rasmi semasa acara MWC 2019 pada bulan Februari nanti. Maka, mungkin kita akan lihat lebih banyak “rekaan” bagi telefon ini dalam satu atau dua bulan mendatang.

 

Sumber: IceUniverse   PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
©2026 WISER.MY