Google Pay Dan Apple Pay Kini Sokong Wise, Ini Cara Guna

Wise sememangnya terkenal sebagai platform yang membenarkan penghantaran wang antara negara dan hadir dengan kad prabayar sendiri.

Meskipun tahap populariti Wise tidak sehebat BigPay tetapi Wise kini akhirnya menyokong pembayaran melalui Google Pay dan juga Apple Pay. Perkara ini disahkan sendiri menerusi soalan lazim di laman web Wise.

Cara tambah kad Wise di Google Pay


Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk menambah kad Wise kepada Google Pay. Cara pertama dan paling mudah:

  1. Buka aplikasi Wise dari telefon pintar

  2. Tap pada bahagian kad dan pilih kad yang anda mahu

  3. Kemudian tap "Add to G Pay"


Cara kedua:

  1. Buka aplikasi Google Wallet

  2. Tap "Add to Wallet"

  3. Pilih "Payment card" dan pilih "New credit or debit card"

  4. Di sini, anda boleh imbas kad atau masukkan maklumat secara manual

  5. Akhir sekali, ikuti langkah yang tertera untuk pengesahan kad


Cara tambah kad Wise di Apple Pay


Sama seperti Google Pay, penambahan kad Wise untuk fungsi Apple Pay juga mempunyai dua cara.



Yang pertama, paling mudah:

  1. Buka aplikasi Wise

  2. Tap pada bahagian kad yang ada (sama ada fizikal mahupun digital)

  3. Seterusnya, tap "Add to Apple Wallet"


Cara yang kedua:

  1. Buka Apple Wallet

  2. Imbas kad Wise atau masukkan secara manual (pilih imbas kad lebih cepat)

  3. Akhir sekali, buat pengesahan menerusi kod SMS atau emel


Macam mana nak guna?


Bagi yang tidak pernah menggunakan Google Pay atau Apple Pay, pembayaran menggunakan kaedah ini sebenarnya sama sahaja seperti mana anda melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.



Anda hanya perlu buka Apple Pay atau Google Pay, kemudian sentuh sahaja (atau dekatkan peranti) pada mesin pembayaran debit/kredit yang menyokong wave.

Itu sahaja. Dengan kad Wise, nampaknya individu yang kerap melancong ke luar negara tidak lagi perlu bersusah payah untuk pergi ke pengurup wang (money changer).

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Wise, anda boleh baca artikel INI.

{suggest}