Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Patenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan Untuk Skrin Penuh

Samsung Patenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan Untuk Skrin Penuh

Diterbitkan Oktober 22, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sudah bertahun-tahun sistem imbasan cap jari dalam paparan dibualkan dan dua nama besar yang dikaitkan adalah Samsung dan Apple. Namun begitu, Vivo datang mencelah dengan model Vivo X20 Plus UD.

Perkhabaran terbaru menyaksikan Samsung telah mempatenkan satu sistem imbasan cap jari terbina dalam paparan dan berkemungkinan ia akan dipersenjatakan pada siri Galaxy S10 akan datang.

Samsung Patenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan Untuk Skrin Penuh

Menariknya kali ini, imbasan cap jari boleh dibuat pada keseluruhan permukaan skrin, tidak terhad kepada sesuatu bahagian seperti sistem sedia ada.

Imej yang dikutip dari LetsGoDigital ini juga menunjukkan terdapat satu rekaan skrin dengan takuk kecil seperti Mate 20. Mungkinkah Galaxy S10 akan menyerupai rekaan ini? Apa pendapat anda?

Sumber: LetsGoDigital via Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY