Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skrin Siri Samsung Galaxy S25 Dikhabarkan Lebih Cantik Dan Jelas

Skrin Siri Samsung Galaxy S25 Dikhabarkan Lebih Cantik Dan Jelas

Diterbitkan Oktober 11, 2024 oleh Rushsyafizal

Menjelang pelancaran rasmi Samsung Galaxy S25, maklumat awal mengenai peranti tersebut sudah mula tersebar. Daripada perubahan reka bentuk hingga peningkatan spesifikasi, maklumat yang dikongsi oleh Ice Universe memberikan gambaran awal tentang perbezaan skrin antara tiga model utama Galaxy S25, S25+, dan S25 Ultra.

https://x.com/UniverseIce/status/1843816590703497632

Berdasarkan gambar pelindung skrin yang dikongsi di X, perbezaan saiz skrin antara ketiga-tiga model ini nampaknya menyerupai siri Galaxy S24.

Namun, terdapat spekulasi bahawa model Ultra akan sedikit lebih kecil berbanding sebelumnya. Ini mungkin dicapai dengan mengecilkan bezel di sekeliling skrin, meskipun ini tidak begitu ketara pada gambar pelindung skrin yang didedahkan.

Satu ciri yang mencuri tumpuan ialah pelindung skrin lebih rounded pada model S25 Ultra. Reka bentuk ini dijangka meningkatkan pegangan dan keselesaan pengguna ketika memegang peranti.

Terdapat juga khabar angin bahawa peranti siri Galaxy S25 akan lebih nipis. Model asas dijangka berukuran 7.2mm, manakala model Ultra mungkin setebal 8.2mm.

Walaupun saiz skrin mungkin tidak banyak berubah berbanding siri Galaxy S24, ketiga-tiga model Galaxy S25 dijangka dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 4. Model Ultra juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan kamera ultralebar 50MP baharu, memberikan kualiti imej yang lebih jelas dan tajam.

https://x.com/UniverseIce/status/1844254058171044233

Bukan itu sahaja, Ice Universe turut mengatakan yang siri Galaxy S25 menampilkan skrin jauh lebih jelas berbanding model terdahulunya di mana seperti diketahui, model sebelum ini menggunakan paparan anti pantulan.

Dengan pelancaran rasmi yang semakin hampir, lebih banyak maklumat tentang peningkatan teknologi siri Galaxy S25 dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • 2 Versi Windows 11 Ini Sudah Tidak Lagi Terima Kemas Kini Dari Microsoft
  • HONOR Perkenal Ciri 'Circle to Search' Pada Magic V3 Dan Siri 200
  • PUBG MOBILE Lancar Koleksi Hantu Malaysia - Pocong, Pontianak Dan Volkswagen Kuning
  • Sistem Pintasan Kecemasan Menerusi Telefon Pintar Akan Diteliti - Fahmi

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY