Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
exynos 2100

Sebilangan Model Telefon Pintar Samsung Galaxy Dengan Cip Exynos Alami Kecacatan Keselamatan Utama

Diterbitkan Oktober 26, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 28, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna telefon pintar Samsung dan masih belum mengemas kini telefon pintar anda, ada baiknya anda berbuat demikian dengan segera.

Ini kerana, Kumpulan Analisis Ancaman Google telah melaporkan penemuan kecacatan keselamatan utama secara khususnya dalam beberapa model telefon pintar Samsung Galaxy yang dikuasakan cip Exynos.

Isu ini melibatkan pemproses Exynos versi 9820, 9825, 980, 990, 850 dan W920.

Pepijat itu membenarkan pihak berniat jahat untuk meningkatkan keistimewaan dan melaksanakan kod sewenang-wenangnya dari jauh, menurut penyelidik keselamatan Google bernama Xingyu Jin dari Penyelidikan Keselamatan Peranti & Perkhidmatan Google dan Clement Lecigene dari Kumpulan Analisis Ancaman Google.

Cip Exynos yang terdedah ini meliputi telefon pintar Samsung seperti siri Galaxy S10, Galaxy Note 10 dan 10+, siri Galaxy S20, Galaxy A51 5G, Galaxy A71 dan beberapa Jam Tangan Galaxy.

Malah semakan di laman sesawang rasmi Samsung turut menunjukkan bahawa Galaxy M13, M62, A13, A21s, A04s, F12, M12, XCover 5 dan F62 juga terjejas dengan isu ini.

Sebilangan Model Telefon Pintar Samsung Galaxy Dengan Cip Exynos Alami Kecacatan Keselamatan Utama

Samsung melabelkan kecacatan itu (CVE-2024-44068) sebagai pepijat memori “selepas-bebas” dan memberikannya penarafan berisiko tinggi. Isu ini telah dilaporkan pihak Google dalam bulan Julai lalu.

Ekoran itu, untuk menangani isu ini, Samsung telah mula melepaskan kemas kini keselamatan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan keselamatan bulanannya pada 7 Oktober 2024 yang lalu

Sehubungan itu, pengguna peranti Samsung yang terjejas boleh membetulkan isu tersebut dengan memasang kemas kini keselamatan yang telah dikeluarkan itu dengan kadar segera.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY