Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Flip6

Samsung Mungkin Akan Bangunkan Konsol Mudah Alih Boleh Lipat

Diterbitkan November 27, 2024 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, konsol permainan mudah alih atau ‘gaming handheld’ semakin dapat perhatian pengguna. Nintendo dilihat cukup selesa dalam pasaran ini dan syarikat pengeluar komputer pula masing-masing sudah mula menawarkannya.

Kini, jenama terkenal dalam pembuatan telefon pintar dan panel paparan, Samsung berkemungkinan akan membangunkan konsol mudah alih tersendiri tetapi uniknya, dalam bentuk boleh lipat.

91mobiles melaporkan yang Samsung Display Co. sudah memfailkan paten di Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO). Melaluinya, peranti tersebut mirip telefon lipat jenis katup atau ‘flip’. Bermakna, apabila itu dilipat, ia menyerupai ‘clamshell’.

Samsung paten

Selain itu, rekaan sebegini dilihat lebih ideal untuk pengguna kerana itulah motif sebenar sebuah konsol mudah alih, iaitu mudah dibawa ke mana-mana. Tambahan lagi, ‘joy stick’ dan ‘D-Pad’ juga ada bersama-sama peranti ini.

Walau bagaimanapun, belum diketahui lagi adakah Samsung serius dalam pasaran konsol mudah alih. Namun, ia tidaklah mustahil memandangkan mereka telah melancarkan perkhidmatan penstriman permainan awan baru-baru ini.

Nampaknya, kita mungkin akan lihat arena ‘gaming handheld’ lebih popular pada masa hadapan. Sony dan Microsoft, syarikat besar dunia permainan pun sedang membangunkannya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Nintendo Sahkan Konsol Pengganti Switch Akan Sokong Game Switch Sedia Ada
  • CEO Xbox Sahkan Konsol Permainan Mudah Alih Xbox Dalam Pembangunan
  • Sony Sedang Bangunkan Konsol 'Handheld' Untuk Permainan PS5

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY