Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Z Flip

Samsung Mendakwa Galaxy Z Flip Mampu Bertahan Sehingga 200 Ribu Kali Ulang Lipat

Diterbitkan Februari 12, 2020 · Dikemas kini Februari 12, 2020 oleh ariff bukhari

Harapnya tiada lagi isu seperti Galaxy Fold.

Hari ini Samsung telah memperkenalkan model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Flip. Ia adalah model kedua selepas telefon pintar lipat pertama mereka, Galaxy Fold.

Samsung yang pernah berdepan dengan isu skrin Galaxy Fold pada awal tahun lalu sememangnya tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama ke atas peranti terbaru itu pada tahun ini.

Bagi meningkatkan keyakinan pengguna, Samsung secara khusus menyatakan bahawa Galaxy Z Flip mampu bertahan sehingga 200,000 kali ulang lipat.

Ini bermakna Samsung telah berjaya meningkatkan lagi ketahanan kerangka lipatan peranti tersebut berbanding Galaxy Fold yang hanya mampu bertahan sehingga 120,000 kali ulang lipat (berdasarkan ujian oleh Cnet tahun lalu).

Kehadiran Samsung Galaxy Z Flip pastinya akan memberikan saingan sengit terhadap satu lagi model telefon pintar boleh lipat keluaran Motorola iaitu Motorola Razr.

Bukan sahaja kerana harga yang ditawarkan Galaxy Z Flip adalah lebih murah berbanding Razr. Tetapi juga kerangka lipatan Galaxy Z Flip juga adalah jauh lebih tahan berbanding Motorola Razr yang hanya mampu bertahan sehingga 27,000 kali ulang lipat sahaja. Jika dakwaan itu benar.

Sumber: Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY