Mempunyai rekaan yang seperti telefon pintar normal lain, lipatannya adalah dari atas ke bawah, tidak seperti Galaxy Fold yang menghamparkan saiz umpama tablet.
Menerusi model terbaru ini, Samsung telah menggunakan lapisan Ultra Thin Glass yang mampu memberi lebih ketahanan pada paparan. Skrin Dynamic AMOLED yang digunakan mempunyai ukuran 6.7 inci dengan nisbah 22:9. Skrin paparan tersebut menyokong resolusi 1080 x 2636. Kamera selfie 10MP pula ditempatkan pada kawasan atas paparan.
Sementara itu, terdapat juga paparan AMOLED kedua yang berukuran 1.1 inci, diletakkan pada panel luar bagi fungsi notifikasi. Ia akan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Bahagian luar juga diletakkan dengan kamera 12MP (f/1.8) ditemani bersama 12MP ultra lebar (f/2.2).
Bagi menguasakan peranti, Samsung mengguna pakai cip Snapdragon 855+ dengan pasangan RAM 8GB dan 256GB storan yang berasaskan UFS 3.0. Janaan kuasa peranti pula ditagih daripada bateri berkapasiti 3300mAh dengan pengecasan 15W. Galaxy Z Flip turut mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar.
Penawaran telefon pintar boleh lipat Samsung ini dilihat lebih kehadapan jika dibandingkan dengan Motorola Razr. Bukan sahaja dilengkapi spesifikasi lebih tinggi, malah harga jualannya jauh lebih rendah iaitu $1380 (~RM5702, juga lebih murah daripada Galaxy Fold) berbanding Razr yang diletakkan pada nilai $1499. Samsung Galaxy Z Flip akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu, Mirror Purple, Mirror Black dan Mirror Gold.
Berkaitan
- Samsung Galaxy S10+ Sudah Mendapat Pengesahan SIRIM
- AMD Ryzen Desktop APU Hadir Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
- Harga Galaxy A8 dan A8+(2018) Agak Mahal? Ini Penjelasan Dari Pengarah Pemasaran Samsung
- Telefon Pintar Dalam Video Ini Dipercayai Model Samsung Galaxy A8+ (2018)
- Samsung Sambung Semula Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S8 Dan S8+
- Samsung Galaxy Note 7 Refurbished Dijual Semula Jun Ini
- Imej Sebenar Telefon Pintar Razer Didakwa Telah Tertiris
- Apple Dan Samsung Didenda Kerana Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama
- Samsung Umum Cip Baharu, Exynos W920
- ASUS Malaysia Mula Tawar ROG Zephyrus S GX701 Dengan Harga RM 13,999