Motorola Razr Hanya Mampu Bertahan Sehingga 27 Ribu Kali Lipatan

Selepas itu engsel peranti boleh lipat itu mula rosak.


Pihak Cnet telah memulakan ujian ketahan ke atas telefon pintar boleh lipat terbaru iaitu Motorola Razr. Telefon pintar itu baru sahaja mula dipasarkan kepada pengguna di A.S beberapa hari lalu.

Ujian ke atas peranti itu adalah dengan menggunakan bantuan mesin khas yang mengulang lipat peranti tersebut.

Selepas beribu kali diulang lipat, hasil ujian Cnet itu mendapati, Motorola Razr hanya mampu bertahan sehingga 27,218 ulang lipatan.

https://twitter.com/lexysavvides/status/1225576703277268993?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1225576703277268993&ref_url=https%3A%2F%2F9to5google.com%2F2020%2F02%2F07%2Fmotorola-razr-fold-robot-livestream%2F

Cnet menyatakan, kerosakan tidak berlaku kepada skrin peranti itu. tetapi sebaliknya kerosakan berlaku terhadap engsel Motorola Razr.

Ia sekaligus menunjukkan ketahanan engsel Motorola Razr adalah jauh lebih lemah berbanding engsel telefon pintar Samsung Galaxy Fold.

Ia berbeza dengan keyakinan Motorola sebelum ini yang menyatakan bahawa Razr lebih tahan berbanding Galaxy Fold.

https://twitter.com/lexysavvides/status/1225595227110436864?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1225595227110436864&ref_url=https%3A%2F%2F9to5google.com%2F2020%2F02%2F07%2Fmotorola-razr-fold-robot-livestream%2F

Sebagai perbandingan ujian ketahan engsel Samsung Galaxy Fold yang dibuat sebelum ini mendapati ia mampu bertahan sekitar 120,000 kali lipatan.

Sungguhpun ujian Cnet ini bukanlah merujuk kepada penggunaan sebenar peranti tersebut. Tetapi ujian awal ini memberikan petanda yang kurang baik kepada Motorola seterusnya kepada pengguna umumnya memandangkan telefon pintar terbaru mereka ini berharga USD1,499.99.

Motorola Razr sudah pun boleh di pra tempah sejak 26 Januari lalu menerusi laman rasmi Motorola.com.

Walaubagaimanapun, ia hanya ditawarkan kepada pasaran A.S sahaja dulu buat masa ini.

https://www.youtube.com/watch?v=HVOb9mgAgdU&feature=emb_logo